WAJIB BACA WAJIB TAHU

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings… Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni. I share and sell what ...

Showing posts with label Moisture Renewing Softener. Show all posts
Showing posts with label Moisture Renewing Softener. Show all posts

Monday, October 29, 2018

NIGHT ROUTINE MALAS-MALAS :)






Jujurnya kakyatt bukanla sentiasa rajin nak belek-belek muka. Sebelum bertemu jodoh dgn marykay, yg konsisten pun hanya cleanser je. Yg lain-lain ada la suka-suka beli tapi end up tak pakai pun ðŸ˜…

So malam ni pun kategori tak berapa nak rajin sgt. Lepas cuci muka dengan cleanser, terus pakai softener. Then apply serum and soothing eye gel. Rasa dah berkilo eyebag ni tu yg merajinkan diri pakai soothing eye gel ðŸ˜˜

Overall, tak sampai sepuluh minit pun. Kalau scroll newsfeed pesbuk, punnn lebih lama dari tu hehe. Tapi scroll pesbuk takde bagi improvement kat skin. Sangat rugi kan? Baikk spend masa sedikit utk “me time” yg bermanfaat

Sebenarnya tak sabar nak tunggu cleanser ni abes. Nak upgrade pakai timewise 3D plak hehe. Ramai bagi feedback semua positif belaka. Cleanser ni kakyatt dah pakai dari awal bulan 6. Dah nak masuk lima bulan pun tak abes lagi (Tiub sebelum ni kakyatt pakai lebih kurang 9 bulan baru abes hehe) So agaknya ada 2-3 bulan lagi la perabih yg ni. Veryyy the jimat sungguh.

Dats why i love marykay 

Thursday, April 5, 2018

ASID HYALURONIK DAN KEPENTINGAN UNTUK KULIT

Kenapa Anda Perlukan  Asid Hyaluronik (HA)?



Hyaluronic acid (HA) bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kecantikan. Malah ia telah terbukti sangat bagus untuk kulit anda.

Pertama, jangan biarkan perkataan "asid" menipu anda. Asid hyaluronik tidak bersifat acidic atau mengelupaskan kulit sama sekali. Hakikatnya, ia adalah sejenis  moisture-binding ingredient yang berkuasa. Ia memelihara kulit dan mengekalkan hidrasi kulit.

Dan, ya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


Asid hyaluronik adalah polisakarida (sejenis karbohidrat)  yang wujud secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia hadir dalam jumlah yang besar di dalam ruang di antara sel-sel kulit, di mana ia memberikan kelembapan, keanjalan, dan kelembutan pada kulit.


Tahukah anda kenapa kulit bayi sangat gebu dan cantik? Ini kerana bayi dilahirkan dengan asid hyaluronik yang tinggi. Malangnya, jumlah asid hyaluronik pada kulit berkurangan dengan usia, yang paling ketara selepas umur 40 tahun.


Anda boleh menggunakan serum atau pelembab yang mengandungi asid hyaluronik untuk mengatasi masalah ini. Walaupun anda tidak akan dapat mengembalikan kulit bayi dengan sempurna,, ia sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan kandungan asid hyaluronik kulit dan memberi kulit dewasa menjadi lebih muda, segar, licin, lebih terhidrat dan kelihatan lebih lembut. Selain itu juga, HA turut berfungsi untuk membalikkan kesan kerosakan dari bahan radikal bebas. Maka secara tida langsung ia juga membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Apa yang menariknya, HA mampu bertindak balas dengan baik pada semua jenis kulit. Jadi anda tidak perlu risau jika HA ini tidak sesuai dengan kulit anda kerana ia boleh bekerja dan berfungsi pada kulit kering, berminyak mahupun kombinasi.



Apakah produk Mary Kay yang mengandungi asid hyaluronik ini?

Moisture Renewing Gel Mask dan TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler mengandungi asid hyaluronik. Moisture Renewing Softener pula mengandungi Asid Hyaluronik dalam bentuk sebatian Sodium hyaluronate. Sodium hyaluronate ini  berasal dari Asid Hyaluronik dan mempunyai semua manfaat yang sama, tetapi ianya  lebih mudah diserap oleh kulit berbanding Asid Hyaluronik.

Menarik bukan?

Anda akan mendapati perubahan pada kulit wajah jika anda konsisten menggunakan Moisture Renewing Softener atau Moisture Renewing Gel Mask atau TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler.






Nak cuba je dulu Moisture Renewing Softener dan juga Moisture Renewing Gel Mask ni?

Bolehhh...
Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty