WAJIB BACA WAJIB TAHU

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings… Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni. I share and sell what ...

Tuesday, May 1, 2018

CC CREAM vs FOUNDATION

Dah ada foundation, tapi macam tak puas hati dengan foundation yang anda guna sekarang?

I feel you

Kakyatt pun pernah mengalaminya. Asyik-asyik tukar foundation sebab takde satu pun yang bekenan dihati.
In fact, “jodoh” kakyatt dengan marykay bermula dengan liquid foundation nya.
Ye, anda harus cuba Mary Kay !

Sebelum ni dah cuba macam-macam jenis kan? Why not give yourself a try-untuk rasai perbezaan liquid foundation marykay pulak 😁





Pengalaman kakyatt sendiri,
Timewise liquid foundation ni adalah sejenis foundation yang sangat ringan pada wajah tapi mampu menutup segala cela untuk pemakaian harian.

Sangat ringan, nampak natural malah tidak menyumbatkan pori ! It wont block your pores darling. Best kan?

Untuk dapatkan Kesan terbaik, boleh mix liquid foundation dan CC cream Mary Kay and apply pada wajah. Kesan dia, AMAZING ! 

ehh, apa pulak CC Cream ni? Apa beza dengan foundation?
Ok, jangan risau jangan gusar.
Meh KakYatt cite sikit tentang dua hot item ni :)

CC CREAM vs FOUNDATION 

Kedua-dua nya mempunyai ciri dan kelebihan masing2. Yang paling penting ialah untuk mengetahui keperluan dan jenis kulit anda untuk disesuaikan dengan pilihan foundation masing-masing dan yang pastinya ia merupakan sebahagian dari rutin penjagaan wajah harian kita =)

KakYatt senaraikan secara ringkas di bawah ini ya :-

Mary Kay CC Cream Vs Timewise Liquid Foundation (TWLF)

1. CC Cream untuk yang mahukan litupan ringan (light coverage), TWLF untuk medium coverage.

2. CC Cream ada SPF15, TWLF tiada SPF.

3. CC Cream lebih sesuai utk yang berkulit kering dan normal, kurang sesuai untuk yang oily skin. Jika kulit anda berminyak, disarankan mix CC Cream dengan TWLF jenis Matte finishing.

4. CC Cream ada fungsi melembapkan kulit, TWLF tiada.

5. CC Cream ada 4 shades shj, manakala TW LF ada dlm 5 jenis shades (Matte + Luminous).

6. Kedua2 CC Cream n TW LF mempunyai ciri-ciri anti penuaan, boleh menutupi cela, buildable coverage, tidak menutupi pori (non comodogenic) so kulit still boleh bernafas dgn baik.

7. Kedua-duanya boleh di-top up dgn Mineral Powder atau Translucent Powder untuk flawless finishing😘





Nak cuba sendiri CC Cream dan Foundation ni? boleh je. hehe. Hubungi nombor di bawah untuk temujanji :)



HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty


Mahukan TIPS SIHAT CANTIK yang lebih menarik?
Boleh follow channel telegram ini >>>



Monday, April 16, 2018

WHY MARY KAY?


Assalam semua pembaca blog kakyatt :)
Semoga sihat sejahtera bahagia sentiasa. Amin.

Tajuk hari ni kakyatt nak share adalah "WHY MARY KAY?"

Rata-rata mesti ramai dah tahu, biasa dengar, selalu nampak atau tengok iklan-iklan Mary Kay di seluruh Malaysia.

Tapi mungkin ramai yang belum tahu, kenapa nak kena pilih Marykay, bukan jenama lain.

Jadi kakyatt share sikit ye, antara sebab musabab WHY MARYKAY tadi.

Yang pertama, Produk Mary Kay hanya boleh didapati dari semua Beauty Consultant berdaftar sah sahaja. Korang tak boleh jumpa di tempat lain.
Tiada di mana - mana kiosk, pasar malam mahupun di kaunter-kaunter mall untuk anda membelinya. 

The reason produk Marykay tak dijual merata, sebabnya, company mahu setiap anda yang menggunakan produk Mary Kay ni, mendapat bimbingan awal dan berterusan dari Beauty Consultant bertauliah. Risiko anda tersalah pilih produk sangat dapat dikurangkan (or null) sebab anda tidak membeli sesukahati di mall (like we used to do nowadays) & dengan ini anda akan mendapat kesan positif pengunaan produk Mary Kay sebab anda dah mengikut aturan dan langkah penggunaan yang betul dari awal

Yang kedua, Produk Mary Kay sangat terkawal dan dipercayai kualitinya. Sebab apa?
Sebabnya Mary Kay tidak mahu ada sebarang penyalahgunaan ke atas produknya. Mary Kay sangat menjaga nama baik syarikatnya.
Terkenal selama 55 tahun di dunia & 17 tahun di Malaysia. Dan berada di pasaran 44 buah negara di seluruh dunia.
Antara banyak-banyak syarikat produk kecantikan kat dunia ni, hanya 2% sahaja syarikat yang mempunyai pusat R&D sendiri. Salah satunya (dalam 2% tu) adalah Marykay..Jadi tanpa ragu, anda boleh menggunakan produk Mary Kay tanpa was-was.
Sebab tu Company Mary Kay banyak menghabiskan kos untuk R & D produknya..
Bayangkan 1 batang lipstik pun mesinnya sahaja berharga 5 juta. So kalau 20 batang lipstik, berapa kos perlu habiskan? Itu belum produknya yg lain-lain yang semuanya ada lebih 300 jenis produk di Malaysia
Itu belum lagi cakap..satu-satu produk di uji 500 ribu kali ke atas kulit manusia sebelum dipasarkan ke seluruh dunia untuk semua pengguna.

Yang Ketiga, setiap produk Mary Kay ada jaminan selama 90 hari(3 bulan). Best ke sangat best??? Walaupun dah ada Beauty Consultant, anda tetap layak untuk menikmati kelebihan ni. Nak katanya, setiap sen yang anda keluarkan untuk produk MK adalah dengan jaminan. TANPA RISIKO. Katakanlah (worse case scenario) produk yang anda guna tu kurang sesuai dan anda nak tukar produk lain. Tentunya BOLEH asalkan masih dalam tempoh jaminan. Rasanya, kalau kita beli produk kat luar, dah pakai pastu rasa tak best, boleh ke nak tukar? Definitely NO. Jangankan 90 hari, Jangan kan 30 hari, 3 hari pun tak boleh tukar. You buy on your own risk.

Satu lagi kan. Perasan tak. Secara tersiratnya, bila company BERANI nak bagi jaminan sampai 90 hari, maksudnya company KONFIDEN dan YAKIN produk keluaran syarikatnya BAGUS dan boleh menepati piawaian citarasa pengguna. (Hanya sebilangan kecil sahaja % yang mungkin akan return products (sebab % pelanggan yang SANGAT PUAS HATI jauh lebih tinggi) dan dengan polisi jaminan kepuasan pelanggan untuk kes-kes terpencil ni, membuatkan SEMUA pengguna berasa lebih yakin dengan Mary Kay.

Alhamdulillah, setakat hari ini belum ada kes yang kakyatt kena return semula produk sebab tak puas hati/tak sesuai. 100% pelanggan kakyatt puashati dengan produk Mary Kay, termasuk kakyatt sendiri. Hehehe.

Ok rasanya cukup TIGA sebab utama ni untuk kakyatt share dengan korang harini. Dan TIGA SEBAB ni jugak, cukup untuk korang jadikan turning point untuk MENCUBA PRODUK MARYKAY :)

Nak tahu produk apa yang best dan sesuai dengan korang?

Meh roger kakyatt okey :)

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty


Mahukan TIPS SIHAT CANTIK yang lebih menarik?
Boleh follow channel telegram ini >>>





Thursday, April 12, 2018

WHAT WOULD YOU CHOOSE FOR FREE?


If only you could choose any Mary Kay Product for FREE....

What would you ask for?
.
.
.
Sil nyatakan di ruangan komen di sini >>


Siapa tahu ada rezeki,
 
Permintaan anda akan ditunaikan 

Thursday, April 5, 2018

Nak Cantik Tak?


Nak cantik tak?
Kalau nak, kena rajin lah hehe.
.
Kita ni Allah dah ciptakan semua memang cantik, alhamdulillah syukur atas nikmatNya.

Tapi bila dah bertambah usia, perubahan hormon, faktor persekitaran, faktor pemakanan dan gaya hidup yang membuatkan kulit wajah berubah.


Ni antara masalah-masalah kulit yang boleh diatasi / ditambahbaik dengan konsisten amalkan langkah-langkah penjagaan kulit wajah ini.
.
Kita bukan nak putihkan muka tau. Tapi kita nak kembalikan kecantikan semulajadi kita dan pelihara sebaiknya. .
“Alaaaa, takkan kena pakai semua ni. Pakai satu produk je pun boleh la”
.
Boleh. Memang boleh. Tapi boleh setakat tuuuu jelah. Satu produk tak akan boleh bekerja utk fungsi produk yg lain. Ibaratnya, nak makan satu jenis ubat untuk treatment penyakit berbeza. Boleh ke? Kadang-kadang kita kena ambil lebih dari satu ubat untuk rawat satu je jenis penyakit. Sebab apa? Sebab setiap ubat tu, compliment each other. Dah ambil semua yg dicadangkan oleh doktor then baru penyakit tu boleh sembuh dengan izin Allah. So sama juga dgn penjagaan kulit wajah ye.


.
Kalau bukan kita yg nak syg diri kita sendiri, then who?

Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty


Mahukan TIPS SIHAT CANTIK yang lebih menarik?
Boleh follow channel telegram ini >>>

ASID HYALURONIK DAN KEPENTINGAN UNTUK KULIT

Kenapa Anda Perlukan  Asid Hyaluronik (HA)?



Hyaluronic acid (HA) bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kecantikan. Malah ia telah terbukti sangat bagus untuk kulit anda.

Pertama, jangan biarkan perkataan "asid" menipu anda. Asid hyaluronik tidak bersifat acidic atau mengelupaskan kulit sama sekali. Hakikatnya, ia adalah sejenis  moisture-binding ingredient yang berkuasa. Ia memelihara kulit dan mengekalkan hidrasi kulit.

Dan, ya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


Asid hyaluronik adalah polisakarida (sejenis karbohidrat)  yang wujud secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia hadir dalam jumlah yang besar di dalam ruang di antara sel-sel kulit, di mana ia memberikan kelembapan, keanjalan, dan kelembutan pada kulit.


Tahukah anda kenapa kulit bayi sangat gebu dan cantik? Ini kerana bayi dilahirkan dengan asid hyaluronik yang tinggi. Malangnya, jumlah asid hyaluronik pada kulit berkurangan dengan usia, yang paling ketara selepas umur 40 tahun.


Anda boleh menggunakan serum atau pelembab yang mengandungi asid hyaluronik untuk mengatasi masalah ini. Walaupun anda tidak akan dapat mengembalikan kulit bayi dengan sempurna,, ia sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan kandungan asid hyaluronik kulit dan memberi kulit dewasa menjadi lebih muda, segar, licin, lebih terhidrat dan kelihatan lebih lembut. Selain itu juga, HA turut berfungsi untuk membalikkan kesan kerosakan dari bahan radikal bebas. Maka secara tida langsung ia juga membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Apa yang menariknya, HA mampu bertindak balas dengan baik pada semua jenis kulit. Jadi anda tidak perlu risau jika HA ini tidak sesuai dengan kulit anda kerana ia boleh bekerja dan berfungsi pada kulit kering, berminyak mahupun kombinasi.



Apakah produk Mary Kay yang mengandungi asid hyaluronik ini?

Moisture Renewing Gel Mask dan TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler mengandungi asid hyaluronik. Moisture Renewing Softener pula mengandungi Asid Hyaluronik dalam bentuk sebatian Sodium hyaluronate. Sodium hyaluronate ini  berasal dari Asid Hyaluronik dan mempunyai semua manfaat yang sama, tetapi ianya  lebih mudah diserap oleh kulit berbanding Asid Hyaluronik.

Menarik bukan?

Anda akan mendapati perubahan pada kulit wajah jika anda konsisten menggunakan Moisture Renewing Softener atau Moisture Renewing Gel Mask atau TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler.






Nak cuba je dulu Moisture Renewing Softener dan juga Moisture Renewing Gel Mask ni?

Bolehhh...
Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty

Monday, October 2, 2017

OIL FREE MAKE UP REMOVER : PRODUK WAJIB ADA UNTUK SEMUA


Assalamualaikum darlings.
Its already October.
Fuhhh cepat sungguh masa berlalu.
Kita pun kena pantas bertindak dan beraksi.
Dan terus maju ke hadapan :)

Ok kalini sis nak review produk yang SUPER DUPER BEST ni....
OIL FREE MAKE UP REMOVER

apa fungsi OIL FREE MAKE UP REMOVER?

Fungsi UTAMA OIL FREE MAKE UP REMOVER adalah menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut, tanpa menyebabkan kulit terasa berminyak.

So soft! Texture dia sangat helokkk dek non. Lain dari yang lain :)

Tahukah korang, bahawa kulit di sekeliling mata adalah yang paling nipis dan sensitif pada wajah?
Ia adalah 5 kali lebih nipis!
Jadi pemilihan make up remover yang betul-betul bagus sangat penting untuk menjaga kecantikan mata kita.

Kalau sebelum ni, biasa guna wet tissue je or baby oil or remove make up sesuka hati kita, tapi sekarang ni tak mau buat macam tu dah ye...

Boleh beli OIL FREE MAKE UP REMOVER dan pakai berubulan-bulan lamanya.
Penting sangat Make Up Remover yang bagus bukan sekadar untuk remove make up dengan bersih, tapi demi memastikan wuduk kita juga sempurna.

Kalau ada OIL FREE MAKE UP REMOVER ni, setiap kali nak solat (contohnya di office atau time shopping tu), boleh remove make up sebelum ambil wudhuk dengan sangat mudah dan bersih.
Jadi tak de lagi alasan nak malas-malas buang make up atau malas nak solat....

TOP 5 BEST MAKE UP REMOVER :)

🍓 MANFAAT & KEISTIMEWAAN 

💯Menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut, termasuk mekap kalis air!
Yes! Yang  waterproof tu semua, nooo problem! 💚

💯Tidak menyebabkan kulit terasa berminyak

💯Formula dua fasa bebas minyak ( Lapisan Air & Silikon) ini berkesan menanggalkan semua jenis solekan mata dengan lembut. Dah cakap!  Ulang lagi sekali hihi yaaa memang lembut sangat!
🌸🌸🌸

💯Fasa atas menanggalkan solekan mata kalis air dan fasa bawah menanggalkan solekan mata tidak kalis air.

💯Oleh kerana kedua-dua fasa ini bertindak bersama, anda perlu menggoncang botol dengan sekata untuk keberkesanan produk yang maksimum.

💯Sesuai untuk kulit sensitif, diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit

💯bebas daripada pewangi

💯bebas daripada minyak

💯tidak komedogenik

💯diuji oleh ahli oftalmologi

💯sesuai juga bagi yang memakai contact lens


Nak cuba je dulu OIL FREE MAKE UP REMOVER ni?
Bolehhh...
Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty

Wednesday, September 20, 2017

BERUS MUKA PALING BEST

Assalamualaikum semua kesayangan Kak Yatt :)

Tengah buat apa tuuu?
Semoga korang happy-happy selalu hendaknya. Amin.

Harini Kak Yatt nak share pasal BERUS MUKA paling BEST di abad ini hehehe.


Ok sebelum tu Kak Yatt nak tanya, bila last korang pegi buat facial?
Bulan lepas?
Tiga bulan lepas?
Tahun lepas?
OR tak penah buat langsung? -_-

Kak Yatt tanya sebab Kak Yatt punnn sama macam korang. Hehe.
Selalu pospon dan tunda je niat nak buat facial kan. Nak manjakan diri.
Kalau macam Kak Yatt, alasan UTAMA susah nau nak pi buat facial adalah sebab ANAK.

Sape nak jaga anak,
Malas nak tinggalkan anak
Nanti anak meragam etc

Sebab Kak Yatt ni full time house wife (Also fulltime working jugak haha) so takde hantar anak kat babysitter. Jadi doplohpatjam bekepit je dengan yang kecik(setahun setengah) dan yang kedua (4 tahun).

Jadi, Kak Yatt pilih untuk BELI dan CUBA berus muka Mary Kay yang diberi nama SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH

Kak Yatt beli dan pakai ni dah lebih setahun. Dan apa yang Kak Yatt boleh katakan adalah TAK RUGI langsung beli bendalah ni!

Hmmm korang mesti ingat bendalah ni MAHAL nau kan?
sebenarnya tak.
Harga sekali korang pegi buat facial je. Haha.
Bayangkan penjimatan berapa banyak tuh???

Dengan adanya berus ni, bukan kata sebulan sekali, TIAP-TIAP hari korang boleh buat facial.
di rumah sendiri. BEST ke SANGAT BEST? hikhik.

Ok kat bawah ni Kak Yatt senaraikan kelebihan dan manfaat SKINVI ni yek.


🌺SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH 🌺

Jom cuci muka dengan Skinvigorate Cleansing Brush 😍😍 .

Beauty Tool Pembersih Wajah Terbaik Di Abad Ini !!! Sangat lembut pada wajahh !! Brush yang berkualiti tinggi !! Halus !!! Wajahh bersih 85% menggunakan tangan !! 😍😍 .

🌷Memberus bersih kotoran dan mekap seperti bedak dan foundation sehingga 85% berbanding gosokan jari

🌷waterproof (kalis air) boleh guna waktu mandi. Masa berenang jer tak boleh😉 .

🌷Setiap kepala berus mengandungi 20,000 helai bulu untuk membersihkan kesemua 20,000 liang pori pada wajah kita. Wow hebat kan!

🌷Setiap helai bulu berus sehalus 80 mikrometer...dapat masuk ke dalam liang pori yang sebesar 180 mikrometer!

🌷Cleanser (Pencuci wajah) dapat dijimatkan apabila mencuci dengan berus.

🌷Boleh menggunakan cleanser brand lain dengan berus ini

🌷Dikuasai bateri AA, tahan 6 bulan, tidak perlu dicas

🌷Berus ini ringan, kecil, mudah digenggam tangan. Mudah dibawa ke mana sahaja

🌷Berputar selaju 400 kali seminit. Ia bukan hanya dapat membuang sel kulit mati dan kotoran malah turut memberi urutan pada wajah ketika memberus. Bulunya yang halus lagi lembut memberi pengguna perasaan seperti di Spa. Yang best tak perlu lagi bazir duit dan masa untuk ke spa. Boleh digunakan hari-hari. .

🌷Memudahkan semua krim dan serum wajah meresap ke kulit dengan mudah, meningkatkan keberkesanan produk wajah

🌷Membantu sehingga 60% serapan krim penjagaan wajah ke kulit. Tanpa berus, krim diserap setakat maksimum 40% sahaja

🌷Yang pasti berkualiti tinggi. Tak mahal pun :)

Macam mana?
Dah yakin nak cuba SKINVI ni?
Kak Yatt dah cuba dan memang puas hati.
Now Kak Yatt nak korang pulak la rasa ke-BEST-an produk ni hehe.

Oh sebelum terlupa. Ni Kak Yatt belanja video khas. Enjoice.


HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant

FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty