WAJIB BACA WAJIB TAHU

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings… Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni. I share and sell what ...

Wednesday, September 6, 2017

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings…

Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni.

I share and sell what I love :)

Apa yang besttt sangat pasal foundation TW ni sampai terjatuh CINTA?

Ok sebelum saya cerita lebih lanjut, jom kita belajar dulu kenapa kita mesti pakai foundation?


Dalam rutin penjagaan kulit yang sihat kena ada 5 langkah iaitu:

1)membersih
2)“exfoliate” (membuang sel kulit mati)
3)menyegar
4)melembab
5)melindungi kulit kita.

Foundation bertindak sebagai 'extra skin layer' di mana kotoran atau debu-debu halus akan melekat padanya dan akan dibuang semasa kita membasuh muka. Sama juga seperti kita sampul buku.Jadi bila kotoran tu ada,ia nya hanya terlekat pada sampul luar sahaja. Lapisan kulit buku masih bersih dan dilindungi. Kalau tak pakai foundation, kotoran atau debu-debu halus akan melekat kat muka dan masuk ke pori-pori lalu tersumbat. Ketika itu, bermulalah jerawat membuat sesi penjelajahan kat muka kita...

Sebelum ni saya pernah juga mencuba beberapa jenama foundation, tp rasa x best; muka berkilat menyebabkan terus tak suka pakai foundation sebab rasa berat dan tebal je muka..Kadang -kadang tudung pula jadi kotor dibuatnya.

Tapi sejak pakai liquid foundation Mary Kay, i fall in love directly after applied it dan since then, everyday is a must to use L.F (liquid foundation).

Apa review saya tentang L.F Mary Kay?

Liquid tidak cair  dan tidak pekat (just nice), bila pakai dia tak terus kering, jadi senang nak ratakan.
Tak melekit. Senang nak ratakan guna tangan. Kalau pakai brush, L.F ni tahan sampai setahun. Jadi sangat jimat!
Bila dah kering, tak rasa langsung pakai L.F. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Ringan sangat teksturnya.
Tone kulit jadi sekata. Kesan parut jerawat pun dapat ditutup dengan kemas.Sangat sy syorkn bagi yg mempunyai tone kulit yg  tidak sekata tu..
Ada dua jenis L.F. Ikut jenis kulit. Matte untuk Oily and combination skin, so muka tidak berkilat langsung. Luminous untuk dry and normal skin so muka akan glowing sikit. Kebanyakan customers  yang terdiri dari mereka yg mempunyai kulit berminyak sangat takut memakai foundation, bila mereka cuba foundation ni, fuhhh terus jatuh cinta..sebab memang tak rasa berminyak dan sangat selesa untuk kulit mereka.
Shade color ada pelbagai. Boleh pilih yang mana sesuai dengan kulit kita. so nampak natural je.. Tidak bertompok-tompok atau macam opera cina hehe.
Senang dibersihkan dan tak mengotorkan tudung.
Tak tutup liang roma jadi kulit boleh bernafas/berpeluh macam biasa.
Menghalang kulit dari radikal bebas dan bahan pencemar..
L.F foundation dr Mary Kay ni dari set timewise nama penuhnya Timewise Liquid Foundation, jadi ianya juga bertindak juga sebagai anti-aging,best kan? :)


Untuk kesesuaian kulit rakyat Malaysia, ada LIMA code warna.
Biasanya ramai pakai code Ivory 3, Ivory 5 dan Beige 3. Saya pakai code Ivory 3.

Hmm...jangan risau kalau tak pasti nak pilih code apa.
Saya akan bantu consult pelanggan sebaik mungkin :)

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant

FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty

No comments:

Post a Comment