WAJIB BACA WAJIB TAHU

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings… Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni. I share and sell what ...

Thursday, April 5, 2018

ASID HYALURONIK DAN KEPENTINGAN UNTUK KULIT

Kenapa Anda Perlukan  Asid Hyaluronik (HA)?



Hyaluronic acid (HA) bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kecantikan. Malah ia telah terbukti sangat bagus untuk kulit anda.

Pertama, jangan biarkan perkataan "asid" menipu anda. Asid hyaluronik tidak bersifat acidic atau mengelupaskan kulit sama sekali. Hakikatnya, ia adalah sejenis  moisture-binding ingredient yang berkuasa. Ia memelihara kulit dan mengekalkan hidrasi kulit.

Dan, ya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


Asid hyaluronik adalah polisakarida (sejenis karbohidrat)  yang wujud secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia hadir dalam jumlah yang besar di dalam ruang di antara sel-sel kulit, di mana ia memberikan kelembapan, keanjalan, dan kelembutan pada kulit.


Tahukah anda kenapa kulit bayi sangat gebu dan cantik? Ini kerana bayi dilahirkan dengan asid hyaluronik yang tinggi. Malangnya, jumlah asid hyaluronik pada kulit berkurangan dengan usia, yang paling ketara selepas umur 40 tahun.


Anda boleh menggunakan serum atau pelembab yang mengandungi asid hyaluronik untuk mengatasi masalah ini. Walaupun anda tidak akan dapat mengembalikan kulit bayi dengan sempurna,, ia sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan kandungan asid hyaluronik kulit dan memberi kulit dewasa menjadi lebih muda, segar, licin, lebih terhidrat dan kelihatan lebih lembut. Selain itu juga, HA turut berfungsi untuk membalikkan kesan kerosakan dari bahan radikal bebas. Maka secara tida langsung ia juga membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Apa yang menariknya, HA mampu bertindak balas dengan baik pada semua jenis kulit. Jadi anda tidak perlu risau jika HA ini tidak sesuai dengan kulit anda kerana ia boleh bekerja dan berfungsi pada kulit kering, berminyak mahupun kombinasi.



Apakah produk Mary Kay yang mengandungi asid hyaluronik ini?

Moisture Renewing Gel Mask dan TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler mengandungi asid hyaluronik. Moisture Renewing Softener pula mengandungi Asid Hyaluronik dalam bentuk sebatian Sodium hyaluronate. Sodium hyaluronate ini  berasal dari Asid Hyaluronik dan mempunyai semua manfaat yang sama, tetapi ianya  lebih mudah diserap oleh kulit berbanding Asid Hyaluronik.

Menarik bukan?

Anda akan mendapati perubahan pada kulit wajah jika anda konsisten menggunakan Moisture Renewing Softener atau Moisture Renewing Gel Mask atau TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler.






Nak cuba je dulu Moisture Renewing Softener dan juga Moisture Renewing Gel Mask ni?

Bolehhh...
Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty

No comments:

Post a Comment