WAJIB BACA WAJIB TAHU

KISAH CINTA BERMULA....

Assalamualaikum darlings… Kisah cinta saya dengan Mary Kay ni bermula dengan Jodoh saya bersama foundation TW ni. I share and sell what ...

Monday, April 16, 2018

WHY MARY KAY?


Assalam semua pembaca blog kakyatt :)
Semoga sihat sejahtera bahagia sentiasa. Amin.

Tajuk hari ni kakyatt nak share adalah "WHY MARY KAY?"

Rata-rata mesti ramai dah tahu, biasa dengar, selalu nampak atau tengok iklan-iklan Mary Kay di seluruh Malaysia.

Tapi mungkin ramai yang belum tahu, kenapa nak kena pilih Marykay, bukan jenama lain.

Jadi kakyatt share sikit ye, antara sebab musabab WHY MARYKAY tadi.

Yang pertama, Produk Mary Kay hanya boleh didapati dari semua Beauty Consultant berdaftar sah sahaja. Korang tak boleh jumpa di tempat lain.
Tiada di mana - mana kiosk, pasar malam mahupun di kaunter-kaunter mall untuk anda membelinya. 

The reason produk Marykay tak dijual merata, sebabnya, company mahu setiap anda yang menggunakan produk Mary Kay ni, mendapat bimbingan awal dan berterusan dari Beauty Consultant bertauliah. Risiko anda tersalah pilih produk sangat dapat dikurangkan (or null) sebab anda tidak membeli sesukahati di mall (like we used to do nowadays) & dengan ini anda akan mendapat kesan positif pengunaan produk Mary Kay sebab anda dah mengikut aturan dan langkah penggunaan yang betul dari awal

Yang kedua, Produk Mary Kay sangat terkawal dan dipercayai kualitinya. Sebab apa?
Sebabnya Mary Kay tidak mahu ada sebarang penyalahgunaan ke atas produknya. Mary Kay sangat menjaga nama baik syarikatnya.
Terkenal selama 55 tahun di dunia & 17 tahun di Malaysia. Dan berada di pasaran 44 buah negara di seluruh dunia.
Antara banyak-banyak syarikat produk kecantikan kat dunia ni, hanya 2% sahaja syarikat yang mempunyai pusat R&D sendiri. Salah satunya (dalam 2% tu) adalah Marykay..Jadi tanpa ragu, anda boleh menggunakan produk Mary Kay tanpa was-was.
Sebab tu Company Mary Kay banyak menghabiskan kos untuk R & D produknya..
Bayangkan 1 batang lipstik pun mesinnya sahaja berharga 5 juta. So kalau 20 batang lipstik, berapa kos perlu habiskan? Itu belum produknya yg lain-lain yang semuanya ada lebih 300 jenis produk di Malaysia
Itu belum lagi cakap..satu-satu produk di uji 500 ribu kali ke atas kulit manusia sebelum dipasarkan ke seluruh dunia untuk semua pengguna.

Yang Ketiga, setiap produk Mary Kay ada jaminan selama 90 hari(3 bulan). Best ke sangat best??? Walaupun dah ada Beauty Consultant, anda tetap layak untuk menikmati kelebihan ni. Nak katanya, setiap sen yang anda keluarkan untuk produk MK adalah dengan jaminan. TANPA RISIKO. Katakanlah (worse case scenario) produk yang anda guna tu kurang sesuai dan anda nak tukar produk lain. Tentunya BOLEH asalkan masih dalam tempoh jaminan. Rasanya, kalau kita beli produk kat luar, dah pakai pastu rasa tak best, boleh ke nak tukar? Definitely NO. Jangankan 90 hari, Jangan kan 30 hari, 3 hari pun tak boleh tukar. You buy on your own risk.

Satu lagi kan. Perasan tak. Secara tersiratnya, bila company BERANI nak bagi jaminan sampai 90 hari, maksudnya company KONFIDEN dan YAKIN produk keluaran syarikatnya BAGUS dan boleh menepati piawaian citarasa pengguna. (Hanya sebilangan kecil sahaja % yang mungkin akan return products (sebab % pelanggan yang SANGAT PUAS HATI jauh lebih tinggi) dan dengan polisi jaminan kepuasan pelanggan untuk kes-kes terpencil ni, membuatkan SEMUA pengguna berasa lebih yakin dengan Mary Kay.

Alhamdulillah, setakat hari ini belum ada kes yang kakyatt kena return semula produk sebab tak puas hati/tak sesuai. 100% pelanggan kakyatt puashati dengan produk Mary Kay, termasuk kakyatt sendiri. Hehehe.

Ok rasanya cukup TIGA sebab utama ni untuk kakyatt share dengan korang harini. Dan TIGA SEBAB ni jugak, cukup untuk korang jadikan turning point untuk MENCUBA PRODUK MARYKAY :)

Nak tahu produk apa yang best dan sesuai dengan korang?

Meh roger kakyatt okey :)

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty


Mahukan TIPS SIHAT CANTIK yang lebih menarik?
Boleh follow channel telegram ini >>>





Thursday, April 12, 2018

WHAT WOULD YOU CHOOSE FOR FREE?


If only you could choose any Mary Kay Product for FREE....

What would you ask for?
.
.
.
Sil nyatakan di ruangan komen di sini >>


Siapa tahu ada rezeki,
 
Permintaan anda akan ditunaikan 

Thursday, April 5, 2018

Nak Cantik Tak?


Nak cantik tak?
Kalau nak, kena rajin lah hehe.
.
Kita ni Allah dah ciptakan semua memang cantik, alhamdulillah syukur atas nikmatNya.

Tapi bila dah bertambah usia, perubahan hormon, faktor persekitaran, faktor pemakanan dan gaya hidup yang membuatkan kulit wajah berubah.


Ni antara masalah-masalah kulit yang boleh diatasi / ditambahbaik dengan konsisten amalkan langkah-langkah penjagaan kulit wajah ini.
.
Kita bukan nak putihkan muka tau. Tapi kita nak kembalikan kecantikan semulajadi kita dan pelihara sebaiknya. .
“Alaaaa, takkan kena pakai semua ni. Pakai satu produk je pun boleh la”
.
Boleh. Memang boleh. Tapi boleh setakat tuuuu jelah. Satu produk tak akan boleh bekerja utk fungsi produk yg lain. Ibaratnya, nak makan satu jenis ubat untuk treatment penyakit berbeza. Boleh ke? Kadang-kadang kita kena ambil lebih dari satu ubat untuk rawat satu je jenis penyakit. Sebab apa? Sebab setiap ubat tu, compliment each other. Dah ambil semua yg dicadangkan oleh doktor then baru penyakit tu boleh sembuh dengan izin Allah. So sama juga dgn penjagaan kulit wajah ye.


.
Kalau bukan kita yg nak syg diri kita sendiri, then who?

Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty


Mahukan TIPS SIHAT CANTIK yang lebih menarik?
Boleh follow channel telegram ini >>>

ASID HYALURONIK DAN KEPENTINGAN UNTUK KULIT

Kenapa Anda Perlukan  Asid Hyaluronik (HA)?



Hyaluronic acid (HA) bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kecantikan. Malah ia telah terbukti sangat bagus untuk kulit anda.

Pertama, jangan biarkan perkataan "asid" menipu anda. Asid hyaluronik tidak bersifat acidic atau mengelupaskan kulit sama sekali. Hakikatnya, ia adalah sejenis  moisture-binding ingredient yang berkuasa. Ia memelihara kulit dan mengekalkan hidrasi kulit.

Dan, ya, anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


Asid hyaluronik adalah polisakarida (sejenis karbohidrat)  yang wujud secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia hadir dalam jumlah yang besar di dalam ruang di antara sel-sel kulit, di mana ia memberikan kelembapan, keanjalan, dan kelembutan pada kulit.


Tahukah anda kenapa kulit bayi sangat gebu dan cantik? Ini kerana bayi dilahirkan dengan asid hyaluronik yang tinggi. Malangnya, jumlah asid hyaluronik pada kulit berkurangan dengan usia, yang paling ketara selepas umur 40 tahun.


Anda boleh menggunakan serum atau pelembab yang mengandungi asid hyaluronik untuk mengatasi masalah ini. Walaupun anda tidak akan dapat mengembalikan kulit bayi dengan sempurna,, ia sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan kandungan asid hyaluronik kulit dan memberi kulit dewasa menjadi lebih muda, segar, licin, lebih terhidrat dan kelihatan lebih lembut. Selain itu juga, HA turut berfungsi untuk membalikkan kesan kerosakan dari bahan radikal bebas. Maka secara tida langsung ia juga membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Apa yang menariknya, HA mampu bertindak balas dengan baik pada semua jenis kulit. Jadi anda tidak perlu risau jika HA ini tidak sesuai dengan kulit anda kerana ia boleh bekerja dan berfungsi pada kulit kering, berminyak mahupun kombinasi.



Apakah produk Mary Kay yang mengandungi asid hyaluronik ini?

Moisture Renewing Gel Mask dan TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler mengandungi asid hyaluronik. Moisture Renewing Softener pula mengandungi Asid Hyaluronik dalam bentuk sebatian Sodium hyaluronate. Sodium hyaluronate ini  berasal dari Asid Hyaluronik dan mempunyai semua manfaat yang sama, tetapi ianya  lebih mudah diserap oleh kulit berbanding Asid Hyaluronik.

Menarik bukan?

Anda akan mendapati perubahan pada kulit wajah jika anda konsisten menggunakan Moisture Renewing Softener atau Moisture Renewing Gel Mask atau TimeWise Repair Volu-Fill Deep Wrinkle Filler.






Nak cuba je dulu Moisture Renewing Softener dan juga Moisture Renewing Gel Mask ni?

Bolehhh...
Jom set apoimen dengan sis untuk sesi SKIN CARE CLASS.
Boleh cuba semua produk Mary Kay PERCUMA je. hehehe. Best kan?

HAYATI SAHDULLAH
Independent Beauty Consultant
FB: Hayati Sahdullah
IG: nourhyatt_beauty